ISTANBUL: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata negaranya tekad untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Israel adalah negara penjenayah perang.
Erdogan berkata demikian ketika berucap di hadapan ratusan ribu rakyat Turkiye yang berhimpun dalam solidarity “Great Palestine Rally’ yang diadakan di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul.
Beliau juga lantang mengkritik sikap hipokrit kuasa Barat yang memberikan sokongan kepada Israel selain media mereka yang membenarkan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan ke atas Gaza.
Erdogan menegaskan, sikap pilih kasih ini dilakukan Barat kerana rasa bersalah mereka terhadap kekejaman yang dilakukan mereka terhadap kaum Yahudi ketika Perang Dunia Kedua.
“Turkiye tidak mempunyai masalah untuk menyatakan pendirian mengenai apa yang berlaku di Gaza kerana kita tidak terhutang budi kepada Israel.
"Ini berbeza dengan kuasa Barat yang sentiasa terhutang budi dengan negara Zionis itu kerana kekejaman yang pernah mereka lakukan dahulu," ujarnya.
Ketika pembunuh beramai-ramai sedang dilakukan tentera zionis di Gaza, Erdogan mempersoalkan berapa ramai lagi nyawa kanak-kanak, wanita dan warga emas yang perlu dikorbankan sebelum gencatan senjata dapat dilakukan.
“Ketika Turkiye sedang dalam persiapan menyambut ulang tahun penubuhan Republik Turkiye yang ke-100 esok (Ahad), kita tetap berduka cita dengan apa yang dialami rakyat di Gaza," tegasnya.
Perhimpunan raksasa yang dilakukan di Istanbul ini menyaksikan solidariti rakyat Turkiye dari pelbagai latar belakang termasuk selebriti Yusof Islam.
Sehingga kini sekurang kurangnya 7,326 rakyat Palestin dibunuh tentera Zionis di mana 70 peratus daripadanya merupakan wanita dan kanak kanak.
Dzulfitri Yusof
Sat Oct 28 2023
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata negaranya tekad untuk menunjukkan kepada dunia bahawa negara Israel adalah negara penjenayah perang. - Foto REUTERS
Helikopter terhempas: Iran minta tolong, Amerika terpaksa menolak
Pada dasarnya, Amerika tidak dapat menyediakan bantuan itu sebahagian besarnya atas sebab-sebab logistik, kata Jabatan Negara AS.
Wujudkan bank pokok tempatan, tangani isu pokok tumbang
Keistimewaan pokok tempatan terletak pada daya tahan, pengadaptasian terhadap cuaca, kualiti kepada flora fauna serta ekologi persekitaran.
Perdagangan EE Malaysia perlu langkah lebih padu, kuasai pasaran global - Matrade
Ketua pegawai eksekutif Matrade Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata visi agensi itu adalah untuk menjadikan industri tersebut kalis masa depan dan mencapai pasaran global yang lebih luas.
KTMB perhalusi garis panduan tren sewaan khas
KTMB akan tambah baik dan mempertingkatkan garis panduan perkhidmatan tren sewaan khas demi kepentingan orang awam dan syarikat itu.
Bank pelaburan positif terhadap prospek KDNK Malaysia
Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar yang lebih tinggi sebanyak 4.2 peratus pada suku dalam tinjauan daripada 2.9 peratus pada suku keempat 2023.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa hari ini
- Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
- Sekitar Kapas Marang Swimathon 2024
#AWANInews #AWANIPagi
- Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa hari ini
- Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
- Sekitar Kapas Marang Swimathon 2024
#AWANInews #AWANIPagi
Sivasangari pemain skuasy wanita ketiga negara tembusi 10 terbaik dunia
Sivasangari muncul pemain wanita ketiga negara yang menembusi senarai 10 pemain terbaik selepas Nicol David dan Low Wee Wern.
Presiden IOC, CMG anugerahkan plak kepada tim media Sukan Olimpik 2024
CMG sebagai agensi penyiar utama bagi Sukan Olimpik Paris 2024, berikrar melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang sejajar dengan mandat.
Banjir Perak: Polis sedia kenderaan ambil, hantar pelajar SMK Alor Pongsu
Bantuan itu diberikan kepada 46 pelajar SMK Alor Pongsu yang terkandas susulan jalan dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.
Kes penyeludupan: 10 ditahan, pelbagai barangan dirampas
Seramai 10 individu termasuk seorang wanita ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk penyeludupan hidupan liar dalam operasi khas di Selangor, Terengganu, Sarawak dan Sabah antara 14 hingga 18 Mei lalu.
Presiden Turkiye akan runding dengan pemimpin Rusia, Ukraine tamatkan konflik
Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata Turkiye meneruskan usahanya untuk menyelesaikan konflik Rusia-Ukraine.